Hari itu...
Suasana tenang.. Aman...dan Damai...
Tetapi.. Dalam hati ini.. Berkecamuk.. Berbagai rasa... Semuanya bercampur menjadi satu
Membuat aku berfikir untuk keluar dari bilik itu... Mencari ruang bernafas...
Keluar dari rumah itu... Mencari sedikit ketenangan...
Mengagumi Alam ciptaan Yang Maha Kuasa... Sungguh... Alam ini Indah... Berfikirlah... Bersyukurlah....
Dan... Ku sarung Jumper merahku... Kerana cuaca yang agak sejuk hari itu...
Bas Indigo ditahan... "Tak ramai orang yang berada dalam bas hari ini..."
Bas bergerak dan aku mula termenung ke luar tingkap... Melihat daun2 kekuningan... Tidak tahu di perhentian yang mana.. Kulihat seseorang yang juga berjumper merah menahan bas...
" Heh, Jumper kita sama kaler " Lintas ayat itu didalam hati... Entah siapa lelaki itu...
Aku terus menyambung menungku kearah luar tingkap..
Dia yang berjumper merah masuk kedalam bas...
Sedangkan tempat duduk kosong terlalu banyak.. Lebih daripada 20 kukira.. Tak tahu kenapa, dia memilih untuk duduk disebelahku....
Aku yang hanya pandang sekilas kearah dia hanya mampu berkata dalam hati " Takde tempat lain ke nak duduk?? Orang nak layan view yang cantik ni.. Tak selesa lah ! "
.....
Hari ni.. aku teringat balik kejadian kat atas ni yang berlaku lebih kurang tahun lepas... Haha.... Siapalah gerangan yang ber"Jumper" merah tu...?? lupa nak pandang muka beliau.... Apapun, kamu pernah berbaju sama dengan saya... kikiki~~~
Cut~
Monday, November 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)