Thursday, March 6, 2014

I can be so cool sometimes.Haha

Saya sakit.

Sakit gigi.

Saya dengar sakit gigi sakit yang ke tiga paling sakit selepas sakit mati dan sakit bersalin. Iya ke?

Sejak saya ponteng Lab cleaning rabu lepas dengan alasan ada dental appoinment yang akhirnya appoinment tu cancel sakit gigi saya makin menjadi-jadi.

Jumaat malam. Saya tak boleh tidur sebab sakit gigi sedangkan hari esoknya ada perjumpaan dengan JPA.

Saya mengerang kesakitan, Ya sakit!

Saya menangis. Ya! Mata saya bengkak sebab menangis sakit gigi. Ya Sakit!

Kemudian Amirah bagi saya painkiller. NSAIDs. Mefanamic acid. Alhamdulillah. Baik sedikit.

Appointment yang paling cepat saya boleh dapat adalah pada 18 Mac. Gila! Boleh mati nak tunggu appoinment tu. *Saya fikir macam tu lah. Seminggu dah saya tak boleh fokus dalam lab. Berdenyut2 gigi saya sambung sampai kepala sampai ke leher* Ni tak boleh jadi.

Isnin malam. Saya tak tidur tak tau sampai pukul berapa sebab terlampau sakit. Tapi saya tertidur sebab menangis lagi.

Ya. Saya memang jenis tak tahan sakit. Crying baby!

Hari-hari berikutnya saya makan painkiller seperti Ibuprofen dan Paracetamol since stock mefanamic acid dah habis. Juga sapu anaesthethic Benzocaine 20%. Apakan daya, sakit yang terlampau sakit. Painkiller juga tak mampu mengembalikan konsentrasi saya.

Peringatan - Ubat itu usaha. Yang sembuhkan penyakit itu Allah SWT

Rabu - Saya call Dental practice lain. Tak sanggup nak tunggu 18 Mac. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Saya dapat buat appoinment untuk hari esoknya.

Khamis (Hari ini)

Saya kira, lab saya akan habis pukul 11 pagi. Jadi saya yang sudah pakar dalam pipette mengpipette ni sangat tangkas membuat kerja sehingga SV saya pun puji. Sebelum tu dia pernah kata " I should recruit you for my project! You work really fast! " Eheh. Kembang semangkuk aku.~ setakat kerja cepat reading mengarut takde maknanye... haha~

Ok. Yang atas ni semua muqaddimah nak cakapnya betapa sakitnya gigi saya. Masa menaip ni pun tengah berdenyut sakit. Tapi selamba telan sensation. Huahuahua.

Hari ni. Saya akan ingat sampai bila2.

11.30 pagi, SV saya kata, " You should go to your appoinment. I'll do the rest "

Apalagi, setelah siap kemas hood semua, saya pun bergegas pergi tanpa mengucapkan terima kasih dekat SV. Beradab sungguh!

11.37a.m

Saya naik bas ke klinik gigi. Sampai disana, nama saya tiada dalam appoinment list? apakah?
Tapi, Alhamdulillah. Orang tak ramai dan saya dapat jumpa dentist lepas tu.

Dentist bukan main kasar. Masa dia xray gigi saya, saya ingat dah tercocok mende untuk xray tu dalam mulut saya. Menjerit sekejap "Arkkk" bunyi gagak. Baru dentist tu kata " It will hurt you a bit". "A bit???" dalam hati je lah mampu bersuara.

Conclusion yang saya dapat daripada dentist, masa buat restoration kat gigi number 7 filling dia terlampau deep sampai hampir atau dah menceceah pun nerve kat gigi tu. Then result in inflammation of the nerve and probably infection sekali lah. Jadi doctor tu prescribed saya Amoxicillin 500mg tds. After completed 7 days course of antibiotic, kalau sakit tak hilang RCT lah jawapannya. *I'm ready for it actually for the worst case scenario*

First time dapat dental prescription selok gilos u know. selok a.k.a batak lah gitu. selama ni belajar farmasi jumpa dalam computer je prescription kuning tu.

Tapi sebab aku ni blurr je... tanya lah kat makcik counter tu, dah tu nak amek ubat kat mana? " You can ask your medication at any chemist.." Chemist?? Pharmacy tu chemist ke? ni ngeng namanya. hahaha.. pastu aku tanya, mana ada pharmacy terdekat, pastu makcik tu kata, "down the road, before the traffic light, there is local surgery and there is a chemist. you can ask from them" Aku pun.... Oooooooo... pastu tanya lagi, "Can I go to the Boots pharmacy?" pastu mak cik tu kata " Any pharmacies will do" ... Oooo... dah bakpe bulrr sangat tiqah ali...
- Dah guna aku pulak -

12.14pm

Bergerak ke Broadmarsh. Amek ubat dekat Boots pharmacy. Kena bayarlahkan prescriptionnya, Of course.

12.48pm

Amek bas nak balik rumah. Masuk je dalam bas baru tergerak hati nak tengok Amoxicillin. Down bila bukak bag yang bungkus ubat tu. Amoxicillin CAPSULE 500mg. Cepat-cepat tengok belakang kotak. Nak tengok ingredient or anything that state suitable for vegetarian. Oh no. Belakang kotak dia cover dengan label lah pulak. Hilang ingredient tu. Then aku amek patient information leaflet. Tengok dekat capsule. Jeng jeng jeng...Ingredient first sekali GELATIN. Aduhai...... tetiba sakit gigi time tu makin kuat pulak. Saja je....

Ikut kan Atiqah yang jahat
- Makan je lah ubat tu. Darurat kot. Sakit ni. Kang lama2 tunggu makin melarat pulak

Pastu Atiqah baik takkan nak mengaku kalah
- Apa kejadah darurat. Pergi je lah balik pharmacy tu. Tanya kot2 boleh tukar formulation ke. Kalau tak boleh, bukak capsule kita amek amoxicillin je. ( duhhhh.... semua orang tau kot capsule tu untuk extended released. Dah kalau buka lain jadinye ) Ko nak ke makan gelatin haram jadi darah daging esok nak belajar, nak hafal ape pun susah. Biarlah susah sikit. Asal makan benda halal.

Pastu saya pun cool down.. selawat banyak2. Gigi serius makin kuat berdenyut. Takpe tiqah.. Balik rumah, Makan nasik dulu. Zohor dulu. Amek painkiller. Seriously, painkiller is killing me. Saya dapat side effect ibuprofen. Heartburn. Kena jumpa GP patutnya. Tapi aku bajet superwomen. Everything will be fine.! - Jangan tiru aksi ini. Sila jumpa doktor untuk rawatan lanjut -

Abes dah tanya budak2 ni. Boleh ke pergi tukar? Mardhiah dengan Amirah jawab cuba je dulu. Ikut la apa yang dia suruh buat lepas tu.

2.09pm

Amek bas pergi Boots pharmacy balik. Nak tukar ubat. Explain lah ade gelatin bagai aku ni tak leh makan benda haram lalalalalala sume... Pastu pharmacist tu cakap "We only can dispensed the drugs written on prescription. If you want to change anything, you have to meet your dentist and ask for new prescription"

Time ni kalau dalam citer kartun badan aku dah retak2 cam kaca pecah. Haha. Masa tu serius nak nanges. Hampir nanges dah. Tiba entah dari mana macam terdengar2 je ada orang bisik kat telinga La yukallifullahu nafsan illa wus'aha - Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Terus tak jadi nangis. Tengah sorang2 tu, Allah hantar pulak si budak Aliaa junior aku.

2.41pm

Elok pula kami naik bas dan borak2. Aku pun lupa kejap aku sakit gigi. Then aku naik bas ni pergi balik dekat klinik tu lah. On the way dari stesen bas tu ke klinik aku selawat banyak2. Moga Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan. Sekejap je berurusan dengan dentist dan dia pun minta maaf. Dapat lah new prescription Amoxicillin Oral Suspension. 250mg/5mL.




3.02pm 

Naik bas balik pergi Boots buat kali ke tiga hari ni. Sampai dekat Boots bagi prescription sekali dengan Amoxicillin capsule tu. Surprisingly walaupun dah bersedia nak dengar, "We have to charged you for the new prescription by the same amount, the procedure it's not like changing or returning something. We are sorry for that" aku pun "Ok" ape2 je lah. Just give me my Amoxicillin ! haha.

Asalnya nak balik rumah terus. Tapi..... Aku nak reward diri aku yang bersabar hari ni lebih dari tahap luar biasa. Jadi berlegar-legar di claire... Cari bangle. Tak ada yang cantik

Then pergi New Look.. Jumpa satu ni. Tapi vogue sangat. sekali datang salewomen dia tanya " What can I help you?" Aku pun " Emm..errr... Nothing.... But.. Do you have any bangle like this, in silver?" poyo je nothing. Pastu tanya jugak. heh! Pastu dia pun sekali cari untuk aku. " For what kind of occasion? " Aku pun senyum " Nothing. Just to reward myself. I went through a lot today" sambung senyum. Gigi masih berdenyut...

Ni hadiah kepada Atiqah Ali yang kesabarannya pada tahap luar biasa hari ini :)


3.56pm

Pulang ke rumah. :) Kononnya nak makan painkiller. Tapi aku rasa heartburn aku datang balik. Nanti lah pikir nak makan ke tak.

Kaya lah trentbarton kalau gini. Jangan tanya kenapa aku tak beli kangaroo ticket ( day ticket 4 pound sahaja )

On the way balik aku banyak fikir.

Takdelah besar mana dugaan aku. Allah tolong aku dalam setiap langkah.

Supervisor pun tolong buatkan solution untuk assay esok
Bas pun tak tunggu lama. Semua bas yang aku naik take less than 1 minute je aku tunggu
Kat klinik pun tak tunggu lama.
Kat Boots pun takde orang beratur
Duit pun ada untuk bayar double prescription
Allah permudahkan setiap langkah
Alhamdulillah
Terima kasih Allah

Moga Allah memberi ujian ini untuk memadamkan dosa2 lampauku.
Ya Allah, jadikan aku reda dengan segala ujian yang menimpaku.

Alhamdulillah

Perkara yang paling penting dalam dunia ni - Kesihatan tubuh badan :)
teringat lima perkara sebelum lima

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebeleum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Akhir kata, kepada sesiapa yang membaca entry ni, Doakan gigi Atiqah Mohamad Ali cepat sembuh. InshaAllah.   

Don't forget me in you du'a~