Sunday, July 14, 2013

Final Destination

Assalamualaikum wbt

Ramadhan kareem :)

Hari ni aku ke Bagan Datoh. Perak. Menemani abah hantar Ilyas pulang ke SABDA. Mulanya malas nak pergi. At last, memikirkan abah akan balik sorang2. Why not accompany him as "teman berborak" supaya abah tak mengantuk masa memandu. Ke Bagan Datoh amek masa 2 jam setengah lebih kurang dari rumah aku. Dan abah ikut jalan dalam ( Tak ikut highway )

Alright. Finish with Muqaddimah.

On the way balik.
Selalunya kalau aku je dengan abah dalam kereta in a very long journey apa yang akan berlaku :

1. Heart to heart conversation ( Yep, abah banyak cerita kat aku apa yang dia tak cerita kat adik beradik aku yang lain. since with abah, I am a good listener. Heh! masuk bakul angkat sendiri )
2. Abah will tell me about his childhood memories. Usually it will be a sad story. Or stories on how he overcome hardships in his life. And the conclusion will be aku yang akan muhasabah dengan diri sendiri
3. Tazkirah kisah anbiya', hari akhirat dan sebagainya.
4. Perbelanjaan kami adik beradik. =,="
5. And the least one, cerita isu semasa. hihi~

And today,

1 and 4 tiada. 2 Still a sad stories. But nevermind. Kita akan fokus no 3

Tazkirah hari akhirat.

Ianya bermula dengan jalan yang sangat lurus. I mean, on our way back home to Batang Kali, the road was very long and straight. Sejauh mata memandang. Tidak ku nampak simpang. Di kiri kanan penuh dengan pokok kelapa sawit. Jika nampak rumah, hanya sebiji dua dan selang 10 m baru lah rumah lagi  satu dan begitulah seterusnya. ( Ni area sabak bernam ) Masjid yang kadang2 ternampak di kiri dan kanan jalan pun tak berapa nak ada orang. barangkali semua berbuka di rumah dan selepas maghrib baru datang ke masjid.

Abah and me were talking about the situation. "Susahkan duduk jauh2 ni. Ni kalau apa2 jadi kat kita takde orang tau" And suddenly abah masuk ke conversation hari akhirat.

Ini apa yang abah cakap and of course ada yang aku olah bahasa ke bahasa yang lebih aku senang ingat dah faham.

Macam kita ni. Esok mati pun sorang2. Selalu bila orang mati, orang kan cakap kesian dekat anak dia, jadi anak yatim. kesian dekat isteri dia jadi janda. tapi takde sapa pernah cakap, kesian dia kat dalam kubur. sorang2. Nak jerit mintak tolong takde orang dengar. At least yang hidup kat dunia ni, macam anak yatim, boleh pergi minta bantuan, tak pun ada keupayaan untuk bekerja, sara diri, sara keluarga. Yang dah mati, sapa nak tolong. Kalau sakit, kat dunia, boleh pergi cari ubat. Sekurang2nya peluang untuk sihat tu ada. Dah mati nanti? Kena hukum dengan Allah, boleh ke nak pergi cari ubat. Sakit semakin sakit.

Akhirat nanti, apa pun dah tak boleh buat. Hidup di akhirat hanya untuk menerima balasan. Baik ataupun buruk. Amalan ok, InshaAllah masuk syurga. Amalan takda? Masuk neraka. Masa tu isteri ke, suami ke, anak ke, kawan baik ke, adik beradik ke semua tak boleh nak tolong. Sebab semua orang dok pikir, dok kira amalan sendiri cukup ke nak masuk syurga kat padang mahsyar nanti. Tu belum titian sirat. 500 tahun perjalanan mendaki, 500 tahun mendatar dan 500 tahun menurun. Kat bawah dia neraka. Ada yang rentas titi sirat selaju kelajuan cahaya, ada yang terbang seperti burung, ada yang berlari, berjalan, merangkak, mengengsot dan sebagainya. 

Ada yang berjalan menggunakan muka. Ada sahabat Rasulullah S.A.W tanya, macam mana berjalan dengan menggunakan muka ya Rasulullah? Rasulullah S.A.W jawab Bagaimana Allah S.W.T izinkan manusia berjalan menggunakan kaki begitulah Allah S.W.T yang akan menjadikan manusia berjalan menggunakan muka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa. 

Manusia ni asyik fikir dunia ( Since waktu tu tengah cakap pasal pemimpin yang suka songlap duit dan orang yang sepatutnya bukan asnab-layak menerima zakat yang sibuk mintak duit zakat and mengamuk bila nama digugurkan daripada senarai asnab since dia dah kaya ), jadi dia tak fikir akhirat. Pikir nak senang dunia je. Padahal hidup kat akhirat tu yang kekal selamanya. Kita dok sibuk pikir kekal selamanya tu macam mana. takyah nak fikir. Tu semua Allah S.W.T dah plan. sekarang kita kat dunia ni yang kena kumpul amalan untuk kesenangan hidup kat akhirat. 

Conversation ni juga tercetus sebab jalan yang panjang sejauh mata memandang tu, aku teringat cerita syurga. Luasnya sejauh mata yang memandang. Oh, bagai tiada penghujung... Juga selalunya dalam perjalan aku suka melihat pokok, orang, jalan, lampu jalan, tiang elektrik, kereta yang laju, jalan tar etc. dan semua ini dalam pandangan Allah. SEMUA. sehingga sekecil2 zarah tak terlepas daripada pandangan Allah. SUBHANALLAH!! Hebat! Hebat! 

Firman Allah yang bermaksud "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)

Dan dalam kepala aku. Semua ni bergerak mengikut rentak atas izin Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T tak izinkan tiang elektrik tu tegak, maka akan jatuh ke atas mana kereta yang lalu. Jika Allah S.W.T tak izinkan kereta itu bergerak, mungkin tiba2 akan berhenti di tengah2 jalan. Semuanya atas izin Allah S.W.T. Sebab tu kena banyak bersyukur. Banyak memuji Allah S.W.T. Ini tidak, orang puji sikit dah bangga. Sedangkan yang mengizinkan aku dan engkau berbuat itu dan ini adalah atas izin Allah S.W.T. Kecilnya diri ini.  

Banyak lagi hendak dicoretkan. Dab berjalan dengan abah memang akan rasa ada penghayatan alam :) hee~~

Dan jika Abah tidak berbual dengan aku ( Selalunya bila aku dah mengantuk atau aku dah termenung jauh.. aiceyh ) , abah akan cuba hilangkan mengantuk dan penat dengan membaca surah As Sajadah, Al Mulk, Al Muzammil, dan ... ( maaf aku tak tahu surah apa yang abah baca seterusnya. shame on me )

Lagi satu nak cerita Bagan Datoh. Pekan Bagan Datoh implicitly. It was.... Mystery...And I felt like entering a whole new world. I mean the building.. The people there... It just different.. yeah.. different.



Ok, will finish this post with aku dan zirafah di Berlin ~~~Berjalan..bermusafirlah...melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur diatas nikmat dan kurnianya~~~


P/S : Buka puasa paling sedih. Beli mee rebus. Tapi takde bekas and sudu untuk makan. berhenti di masjid yang  misteri. Jumpa bekas dan makan mee rebus dengan tangan bertemankan nayamuk yang agak banyak. Aku " alahai sedihnya ". Abah jawab" Sekurang-kurangnya kita ada makanan nak berbuka. Ada orang, untuk dapat makanan pun susah ". tu dia... dushdush... hamekaku..

Wassalam.

Don't forget me in your du'a~

0 comment(s):

Post a Comment